BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Thursday, June 17, 2010

Apabila Dua Bangla Bertemu Arab

Ceriter bermula di station minyak atau lebih dikenali sebagai pam minyak. Di pam minyak ini ada dua orang pekerja bangla yang hanya tau cakap melayu sikit, omputih sikit dan bahasa bangla banyak yg dia tahu. Seorang itu bernama Majid dan seorang itu lagi bernama Hasan. Pada satu hari berhenti lah sebuah kereta mewah adik beradik mercedes utk mengisi minyak.


Pemandu kereta itu seorang yg berbangsa arab. kebetulan pula minyak di pam minyak itu dah abis dan ini mendatangkan masalah kepada Hasan utk memberitau kepada org arab itu bahawa minyak dah abis. Orang arab itu pula tidak tau berbahasa melayu atau bahasa omputih sikit dan bahasa arab tentulah terror kan...Hasan cuba memberitau kepada org arab tu sambil menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abis, tetapi orang arab tu ternganga luas tanda tidak paham.

Hasan cuba lagi sekali lagi dengan menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan kepala, tetapi orang arab tu ternganga luas juga tanda tidak paham ler tu...memang bodo sikit org arab ini. Hasan pun tak tau nak buat camner..dia pun pegi kat Majid utk menerangkan situasi dier sekarang. Mereka bercakap dalam bahasa bangla, dan ditranslatekan begini Hasan:

"Majid, tolong aku majid, org arab tu tak tau minyak kat sini dah abis" Majid:" ala...ko cakap jer ler..minyak dah abis.." Hasan:"aku dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku pulak, tak tau cakap omputih..Yes, No, Alright aku tau errr.. dan... I love u" Majid:"Aku pun tak tau jugak cakap omputih..." Hasan:"ala..ko tolong ler aku.." Majid:" ok tak per...aku tau sikit-sikit cakap arab" Lalu pergi la..Majid dekat org Arab tu dan berkata;

"Fuel!, Sodoqallahulazim"...!!!
dan baruler..org arab tu paham dan dier pun blah...ler...

Kisah Dua Insan Bercinta

Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yang lelaki tu nama Razak, yang pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil Fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). Imah ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun. Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh... Imah ni kesepian le kat malaysia.

Bila dah pisah lama jugak.. kendian Imah boring dok umah sorang ...Ada lak mamat yg bernama Kamarul dtg jumpa Imah. mula2 Imah dgn Kamarul ni kawan je, Kamarul ajak gi shopping, gi makan satay kajang, gi bowling. Entah macam mana, hati Imah ni dah terpaut lak kat Kamarul nih... maka hilang la bayang2 Razak drpd hati Imah..

Setelah genap 3 tahun.. Razak pun pulang ke Malaysia. Beria2 le mamat nih nak jumpa Imah. belum sempat nak call Imah, Razak ternampak Imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai le jiwa raga Razak.. sedih je mamat tuh... tak lalu makan. at the same time.. Imah dok jalan2... sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu Kamarul tu laki org. Imah pun frust..cuba nak kembali kepada Razak. Masa tu dia lom tau lagi Razak ni dah balik Malaysia.

Razak pun memberanikan diri dia... jumpa Imah. dia gi le rumah Imah. muka Razak masam je.. Imah tanya le apasal masam. Razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" Imah terperanjat... "err bila masa lak nih.. aku setia apa..." kata Imah razak berkata... tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn Kamarul ..." Imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja ..." tambah Razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK tu...seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..." Razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih Imah yg sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart
Imah terdiam... masih menangis....Razak sambung...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

"Suara Razak terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

Razak ulangi phrase yg sama....Imah terdiam...walaupun air mata masih mengalir...

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

Setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Razak untuk imah itu... tiba2 mulut Imah berkata ... " abang, Imah nak beritahu abang sesuatu" "katakan lah duhai Imah" jawap Razak dengan suara perlahan... " err... err..." kata Imah dlm keadaan bersalah..."katakan lah .. katakan lah Imah.. abang sanggup terima..." tambah Razak...perlahan2.. Imah berkata:

"Abang..."
"Sebenarnya... Imah tak paham bahasa Inggeris..."

''@#$#@@ punya imah..''

Lumrah Laki Bini

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.

Tuesday, June 15, 2010

Kisah - Kisah Jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.

Monday, June 14, 2010

Kisah Pejual Telur Dengan Pelanggannya

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.
“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?”, tanya pelanggan kepada penjual telur sambil menunjukkan genggaman tangannya.


Cuba teka, apa yang ada didalam genggamanku ini...?
“Cuba berikan aku bayangannya”, pinta si penjual telur.
“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.
“Tips lain?”, tanya penjual telur.
“Warnanya seperti telur juga.”
“Bayangan lain?”, rayu penjual telur lagi.
Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata : “Belum cukup lagi?”
“Baiklah, jika ia dimasak rasanya seperti telur. Isi kandungannya adalah cair dalam keadaan biasa, tetapi apabila dipanaskan ia akan berubah menjadi pepejal.”
Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolonglah berikan lagi pembayang atau tips yang lebih details lagi.”
“Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!”
Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit dengan yakin, “Aku dah tahu jawapannya. Ia adalah sejenis kuih! Betul tak?”
“Laa ish ish ish”. Pelanggan menggeleng-gelengkan kepada. Lantas membuka genggamannya…
Yaaa, ia adalah sebiji telur! Telur yang si penjual telur tu jual.

Apa pengajaran dari cerita ini ?:

Kita sebenarnya seringkali menjadi “BUTA” dan terlepas pandang dengan apa yang terlalu hampir atau dekat dengan diri kita. Sedar atau tidak, kita selalu meminggirkan dan mengabaikan orang yang paling hampir dengan kita. Kita hanya akan sedar kehilangannya apabila orang itu telah tiada di sisi.



Memang benar, sesuatu perkara itu kita tidak nampak kelebihan dan keistimewaannya bukan kerana jauhnya ia, tetapi kerana terlalu dekatnya ia dengan kita. Justeru, kita sewajarnya sentiasa menghargai dengan apa yang ada disekeliling kita.

Saturday, June 12, 2010

Untuk Renungan Bersama

Untuk renungan bersama ......




Selama hampir sembilan tahun

menetap di Mekah dan membantu ayah

saya menguruskan jemaah haji dan

umrah, saya telah melalui pelbagai

pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak

peristiwa itu, ada satu kejadian

yang pasti tidak akan saya lupakan

sampai bila-bila.



Ianya berlaku kepada seorang wa

nita yang berusia di pertengahan

30-an.Kejadian itu berlaku pada

pertengahan 1980-an semasa saya

menguruskan satu rombongan haji.

Ketika itu umur saya 20 tahun dan

masih menuntut di Universiti

Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika

itu saya balik ke Mekah sekejap

untuk menghabiskan cuti semester.



Saya menetap di Mekah mulai 1981

selepas menamatkan pengajian di

Sekolah Agama Gunung Semanggol,

Perak. Keluarga saya memang

semuanya di Mekah, cuma saya

seorang saja tinggaldengan nenek

saya di Perak. Walaupun masih muda,

saya ditugaskan oleh bapa saya,

Haji Nasron untuk menguruskan

jemaah haji dan umrah memandangkan

saya adalah anak sulung dalam

keluarga..



Berbalik kepada cerita tadi,

ketibaan wa nita tersebut dan

rombongan haji di Lapangan Terbang

Jeddah kami sambut dengan sebuah

bas. m. Semuanya nampak riang

sebab itulah kali pertama mereka

mengerjakan haji.



Sebaik sampai, saya membawa mereka

menaiki bas dan dari situ, kami

menuju ke Madinah. Alhamdulillah,

seg alan ya berj alan lancar

hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun

dari bas berkenaan. Turunlah mereka

seorang demi seorang sehingga tiba

kepada giliran wa nita terbabit..



Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik

sahaja kakinya mencecahkan bumi

Madinah, tiba-tiba wa nita itu

tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang

dipertanggungjawabk an mengurus

jemaahitu, saya pun bergegas menuju

ke arah wa nita berkenaan. "Kakak

ni sakit," kata saya pada

jemaah-jemaah yang lain. Suasana

yang tadinya tenang serta merta

bertukar menjadi cemas. Semua

jemaah nampak panik dengan apa yang

sedang berlaku.



"Badan dia panas dan menggigil.

Kakak ni tak sedarkan diri, cepat

tolong saya...kita bawa dia

kehospital," kata saya.Tanpa

membuang masa, kami mengangkat wa

nita tersebut dan membawanya ke

hospital Madinah yang terletak

tidak jauh dari situ.. Sementara

itu, jemaah yang lain dihantar ke

tempat penginapan masing-masing.



Sampai di hospital Madinah, wa nita

itu masih belum sedarkan diri.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh

doktor untuk memulihkannya, namun

semuanya gagal. Sehinggalah ke

petang,wa nita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan

jemaah perlu saya teruskan. Saya

terpaksa meninggalkan wa nita

tersebut terlantar di hospital

berkenaan. Namun dalam kesibukan

menguruskan jemaah, saya

menghubungi hospital Madinah untuk

mengetahui perkembangan wa nita

tersebut.



Bagaimanapun, saya diberitahu dia

masih tidak sedarkan diri. Selepas

dua hari, wa nita itu masih juga

tidak sedarkan diri. Saya makin

cemas, maklumlah, itu adalah

pengalaman pertama saya berhadapan

dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk

memulihkannya semuanya gagal, maka

wa nita itu dihantar ke Hospital

Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan

rawatanlanjut sebab pada masa itu

hospital di Jeddah lebih lengkap

kemudahannya berbanding hospital

madinah. Namun usaha untuk

memulihkannya masih tidak berhasil.



Jadual haji mesti diteruskan. Kami

bertolak pula ke Mekah untuk

mengerjakan ibadat haji. Selesai

haji, sekali lagi saya pergi ke

Jeddah. M alan gnya, bila sampai di

Hospital King Abdul Aziz, saya

diberitahu oleh doktor bahawa wa

nita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata

doktor, keadaannya stabil. Melihat

keadaannya itu, saya ambil

keputusan untuk menunggunya di

hospital.



Selepas dua hari menunggu, akhirnya

wa nita itu membuka matanya. Dari

sudut matanya yang terbuka sedikit

itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah

saya, wa nita tersebut terus

memeluk saya dengan erat sambil

menangis teresak- esak. Sudah tentu

saya terkejut sebab saya ni bukan

muhrimnya. Tambahan pula kenapa

saja dia tiba-tiba menangis??



Saya bertanya kepada wa nita

tersebut, "Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan... kakak taubat dah

Lan. Kakak menyesal, kakak takkan

buat lagi benda-benda yang tak

baik. Kakak bertaubat, betul-betul

taubat."



"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja

nak bertaubat?" tanya saya masih

terpinga-pinga. Wa nita itu terus

menangis teresak-esak tanpa

menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara,

menceritakan kepada saya mengapa

dia berkelakuan demikian, cerita

yang bagi saya perlu diambil

iktibar oleh kita semua. Katanya,

"Mazlan, kakak ni sudah berumah

tangga, kahwin dengan lelaki orang

putih. Tapi kakak silap. Kakak ini

cuma Islam pada nama dan keturunan

saja.. Ibadat satu apa pun kakak

tak buat. Kakak tak sembahyang, tak

puasa, semua am alan ibadat kakak

dan suami kakak tak buat.



Rumah kakak penuh dengan botol

arak. Suami kakak tu kakak sepak

terajang, kakak pukul-pukul saja,"

katanya tersedu-sedan..



"Habis yang kakak pergi haji ini?"



"Yalah...kakak tengok orang lain

pergi haji, kakak pun teringin juga

nak pergi."



"Jadi apa sebab yang kakak menangis

sampai macam ni sekali. Ada sesuatu

ke yang kakak alami semasa sakit?"

tanya saya lagi.



Dengan suara tersekat-sekat, wa

nita itu menceritakan,

"Mazlan...Allah itu Maha Besar,

MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma

tu, kakak telah diazab dengan

seksaan yang benar-benar pedih atas

segala kesilapan yang telah kakak

buat selama ini.



"Betul ke kak?" tanya saya,

terkejut.



"Betul Mazlan. Semasa koma itu

kakak telah ditunjukkan oleh Allah

tentang balasan yang Allah beri

kepada kakak. Balasan azab Lan,

bukan balasan syurga. Kakak rasa

seperti diazab di neraka. Kakak ni

seumur hidup tak pernah pakai

tudung. Sebagai balasan, rambut

kakak ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak kakak

ceritakan macam mana pedihnya.

Menjerit-jerit kakak minta ampun

minta maaf kepada Allah."



"Bukan itu saja, buah dada kakak

pula diikat dan disepit dengan

penyepit yang dibuat daripada bara

api, kemudian ditarik ke

sana-sini... putus, jatuh ke dalam

api neraka. Buah dada kakak rentung

terbakar, panasnya bukan main.

Kakak menjerit, menangis

kesakitan.. Kakak masukkan tangan

ke dalam api itu dan kakak ambil

buah dada tu balik." tanpa

mempedulikan pesakit lain dan

jururawat memerhatikannya wa nita

itu terus bercerita.



Menurutnya lagi, setiap hari dia

diseksa, tanpa henti, 24 jam

sehari. Dia tidak diberi peluang

langsung untuk berehat atau

dilepaskan daripada hukuman

sepanjang masa koma itu dilaluinya

dengan azab yang amat pedih.



Dengan suara tersekat-sekat, dengan

air mata yang makin banyak

bercucuran, wa nita itu meneruskan

ceritanya, "Hari-hari kakak

diseksa. Bila rambut kakak ditarik

dengan bara api, sakitnya terasa

seperti nak tercabut kulit kepala..

Panasnya pula menyebabkan otak

kakak terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang

amat sangat...tak boleh nak

diceritakan. "sambil bercerita, wa

nita itu terus meraung, menangis

teresak-esak. Nyata dia betul-betul

menyesal dengan kesilapannya

dahulu.



Saya pula terpegun, kaget dan

menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada

umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam,

tapi kakak minum arak, kakak main

judidan segala macam dosa besar.



Kerana kakak suka makan dan minum

apa yang diharamkan Allah, semasa

tidak sedarkan diri itu kakak telah

diberi makan buah-buahan yang

berduri tajam. Tak ada isi pada

buah itu melainkan duri-duri saja.

tapi kakak perlu makan buah-buah

itu sebab kakak betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu,

duri-durinya menikam kerongkong

kakak dan bila sampai ke perut, ia

menikam pula perut kakak.



Sedangkan jari yang tercucuk jarum

pun terasa sakitnya, inikan pula

duri-duri besar menyucuk kerongkong

dan perut kita. Habis saja

buah-buah itu kakak makan, kakak

diberi pula makan bara-bara api.

Bila kakak masukkan saja bara api

itu ke dalam mulut, seluruh badan

kakak rasa seperti terbakar hangus.



Panasnya cuma Allah saja yang tahu.

Api yang ada di dunia ini tidak

akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta

minuman, tapi...kakak dihidangkan

puladengan minuman yang dibuat dari

nanah. Baunya cukup busuk. Tapi

kakak terpaksa minum sebab kakak

sangat dahaga.Semua terpaksa kakak

lalui...azabnya tak pernah rasa,

tak pernah kakak alami sepanjang

kakak hidup di dunia ini."



Saya terus mendengar cerita wa nita

itu dengan tekun.. Terasa sungguh

kebesaran Allah. "Masa diazab itu,

kakak merayu mohon kepada Allah

supaya berilah kakak nyawa sekali

lagi, berilah kakak peluang untuk

hidup sekali lagi. Tak

berhenti-henti kakak memohon. Kakak

kata kakakakan buktikan bahawa

kakak tak akan ulangi lagi

kesilapan dahulu. Kakak berjanji

tak akan ingkar perintah allah akan

jadi umat yg soleh. Kakak berjanji

kalau kakak dihidupkan semula,

kakak akan tampung segala

kekurangan dan kesilapan kakak

dahulu, kakak akan mengaji,akan

sembahyang, akan puasa yang selama

ini kakak tinggalkan.."



Saya termenung mendengar cerita wa

nita itu. Benarlah, Allah itu Maha

Agung dan Maha Berkuasa.. Kita

manusia ini tak akan terlepas

daripada balasannya. Kalau baik am

alan kita maka baiklah balasan yang

akan kita terima, kalau buruk am

alan kita, maka azablah kita di

akhiratkelak. Alhamdulillah, wa

nita itu telah menyaksikan sendiri

kebenaran Allah..



"Ini bukan mimpi Mazlan.. Kalau

mimpi azabnya takkan sampai pedih

macam tu sekali. Kakak bertaubat

Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi

kesilapan kakak dahulu. Kakak

bertaubat.... kakak taubat nasuha,"

katanya sambil menangis-nangis.



Sejak itu wa nita berkenaan

benar-benar berubah. Bila saya

membawanya ke Mekah, dia menjadi

jemaah yang paling warak. Amal

ibadahnya tak henti-henti.

Contohnya, kalau wa nita itu pergi

ke masjid pada waktu maghrib, dia

cuma akan balik ke biliknya semula

selepas sembahyang subuh..



"Kakak....yang kakak sembahyang

teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena

jaga juga kesihatan diri kakak.

Lepas sembahyang Isyak tu kakak

baliklah, makan nasi ke, berehat

ke..." tegur saya.



"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa

buah kurma. Bolehlah kakak makan

semasa kakak lapar." menurut wa

nita itu, sepanjang berada di dalam

Masjidil Haram, dia mengqadakan

semulasembahyang yang

ditinggalkannya dahulu.



Selain itu dia berdoa, mohon kepada

Allah supaya mengampunkan dosanya.

Saya kasihan melihatkan keadaan wa

nita itu, takut kerana ibadah dan

tekanan perasaan yang keterlaluan

dia akan jatuh sakit pula. Jadi

saya menasihatkan supaya tidak

beribadat keterlaluan hingga

mengabaikan kesihatannya.



"Tak boleh Mazlan.. Kakak

takut...kakak dah merasai pedihnya

azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan

tak tau. Kalau Mazlan dah merasai

azab itu, Mazlan juga akan jadi

macam kakak.

Kakak betul- betul bertaubat."



Wa nita itu juga berpesan kepada

saya, katanya, "Mazlan, kalau ada

perempuan Islam yang tak pakai

tudung, Mazlan ingatkanlah pada

mereka, pakailah tudung. Cukuplah

kakak seorang saja yang merasai

seksaan itu, kakak tak mau wa nita

lain pula jadi macam kakak. Semasa

diazab, kakak tengok undang-undang

yang Allah beri ialah setiap

sehelai rambut wa nita Islam yang

sengaja diperlihatkan kepada orang

lelaki yang bukan muhrimnya, maka

dia diberikan satu dosa. Kalau 10

orang lelaki bukan muhrim tengok

sehelai rambut kakak ini, bermakna

kakak mendapat 10 dosa."



"Tapi Mazlan, rambut kakak ini

banyak jumlahnya, beribu-ribu.

Kalau seorang tengok rambut kakak,

ini bermakna beribu-ribu dosa yang

kakak dapat. Kalau 10 orang tengok,

macam mana? Kalau 100 orang tengok?

Itu sehari, kalau hari-hari kita

tak pakai tudung macam kakak ni???

Allah..."



"Kakak ber azam , balik saja dari

haji ini, kakak akan minta tolong

dari ustaz supaya ajar suami akak

sembahyang, puasa, mengaji, buat

ibadat.. Kakak nak ajak suami pergi

haji. Seperti mana kakak, suami

kakak tu Islam pada nama saja. Tapi

itu semua kesilapan kakak. Kakak

sudah

bawa dia masuk Islam, tapi kakak

tak bimbing dia. Bukan itu saja,

kakak pula yang jadi seperti orang

bukan Islam."



Sejak balik dari haji itu, saya tak

dengar lagi apa-apa cerita tentang

wa nita tersebut. Bagaimanapun,

saya percaya dia sudah menjadi wa

nita yang benar-benar solehah.

Adakah diaberbohong kepada saya

tentang ceritanya diazab semasa

koma? Tidak. Saya percaya dia

bercakap benar. Jika dia berbohong,

kenapa dia berubah dan bertaubat

nasuha?



Satu lagi, cubalah bandingkan azab

yang diterimanya itu dengan azab

yang digambarkan oleh Allah dan

Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah? Benar, apa

yang berlaku itu memang kita tidak

dapat membuktikannya secara

saintifik, tapi bukankah soal dosa

dan pahala,

syurga dan neraka itu perkara

ghaib? Janganlah bila kita sudah

meninggal dunia, bila kita

sudahdiazab barulah kita mahu

percaya bahawa "Oh... memang betul

apa yang Allah dan Rasul katakan.

Aku menyesal..... " itu dah

terlambat.



REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA

5 RINTANGAN



WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU

SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT

SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM

TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU

AYAT...."

Wednesday, June 9, 2010

Mengenali Diri Anda

"Cara ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah> terbukti. Pilihan anda > > menunjukkan keperibadian anda." > > > > > Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah> kecil di tepi > sungai di tengah hutan tebal. > > > > Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya


terdapat:> > > > 7 tempat tidur kecil di sebelah kanan dan di sebelah kiri,> terdapat meja > makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. > > Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam> buah-buahan. > Buah-buahan tersebut terdiri daripada:- > > > > a. epal > > b. pisang > > c. jeruk > > d. mangga >

> e. rambutan > > f. papaya > > > > Buah manakah yang akan anda pilih? > > Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! > > > > Berfikirlah dan pilihlah dengan berhati-hati. > > > > Jawapannya di bawah:- > > > >

> > > > > > > > > > > > > > > > > > > >

> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > >










































Ini dia jawapannya.. .> a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang> suka makan epal> b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang

yang> suka makan pisang> > c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang> suka makan jeruk> d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang> suka makan mangga> > e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang> suka makan> rambutan> f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang> suka makan papaya> > > aderke...hehehehheh ......hehehee. .. tipah tertipu ..pastu> dia tipu si> mamat.... pastu mamat tertipu, tipu pulak> ah chong & samy.> > he he he ...... tak kan nak kena sorang> > pi le hantaq kat org lain.....hehehehe> > ampun..................

Kisah Teladan

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni
Punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.  Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi, untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut Pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni Pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada Apa kat Bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, Keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi,cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa Buaya Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba....terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah
bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si Hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam .Yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH. Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.

Astaghfirullahala'zim...

1 minit untuk mengingati ALLAH

ingatlah ALLAH selalu krn ALLAH selalu m'ngingatimu..

wallahua'lam..

Dua Malaikat

Assalamualaikum wr wb,




Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, 'Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, 'Apakah yang harus aku catit?'



Kata malaikat di sebelah kanan, 'Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,'Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?'



Jawab malaikat kanan, 'Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.'



Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,'Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.'



Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasihsayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia. '

Saturday, April 3, 2010

Ibuku seorang pembohong. buat tatapan kawan2...

Ibuku seorang pembohong Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
 
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
 
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya.. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
 
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
 
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
 
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua.. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
 
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
 
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
 
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu… 

 
Blacy Smiley - What Ever