BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Saturday, June 12, 2010

Untuk Renungan Bersama

Untuk renungan bersama ......




Selama hampir sembilan tahun

menetap di Mekah dan membantu ayah

saya menguruskan jemaah haji dan

umrah, saya telah melalui pelbagai

pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak

peristiwa itu, ada satu kejadian

yang pasti tidak akan saya lupakan

sampai bila-bila.



Ianya berlaku kepada seorang wa

nita yang berusia di pertengahan

30-an.Kejadian itu berlaku pada

pertengahan 1980-an semasa saya

menguruskan satu rombongan haji.

Ketika itu umur saya 20 tahun dan

masih menuntut di Universiti

Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika

itu saya balik ke Mekah sekejap

untuk menghabiskan cuti semester.



Saya menetap di Mekah mulai 1981

selepas menamatkan pengajian di

Sekolah Agama Gunung Semanggol,

Perak. Keluarga saya memang

semuanya di Mekah, cuma saya

seorang saja tinggaldengan nenek

saya di Perak. Walaupun masih muda,

saya ditugaskan oleh bapa saya,

Haji Nasron untuk menguruskan

jemaah haji dan umrah memandangkan

saya adalah anak sulung dalam

keluarga..



Berbalik kepada cerita tadi,

ketibaan wa nita tersebut dan

rombongan haji di Lapangan Terbang

Jeddah kami sambut dengan sebuah

bas. m. Semuanya nampak riang

sebab itulah kali pertama mereka

mengerjakan haji.



Sebaik sampai, saya membawa mereka

menaiki bas dan dari situ, kami

menuju ke Madinah. Alhamdulillah,

seg alan ya berj alan lancar

hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun

dari bas berkenaan. Turunlah mereka

seorang demi seorang sehingga tiba

kepada giliran wa nita terbabit..



Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik

sahaja kakinya mencecahkan bumi

Madinah, tiba-tiba wa nita itu

tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang

dipertanggungjawabk an mengurus

jemaahitu, saya pun bergegas menuju

ke arah wa nita berkenaan. "Kakak

ni sakit," kata saya pada

jemaah-jemaah yang lain. Suasana

yang tadinya tenang serta merta

bertukar menjadi cemas. Semua

jemaah nampak panik dengan apa yang

sedang berlaku.



"Badan dia panas dan menggigil.

Kakak ni tak sedarkan diri, cepat

tolong saya...kita bawa dia

kehospital," kata saya.Tanpa

membuang masa, kami mengangkat wa

nita tersebut dan membawanya ke

hospital Madinah yang terletak

tidak jauh dari situ.. Sementara

itu, jemaah yang lain dihantar ke

tempat penginapan masing-masing.



Sampai di hospital Madinah, wa nita

itu masih belum sedarkan diri.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh

doktor untuk memulihkannya, namun

semuanya gagal. Sehinggalah ke

petang,wa nita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan

jemaah perlu saya teruskan. Saya

terpaksa meninggalkan wa nita

tersebut terlantar di hospital

berkenaan. Namun dalam kesibukan

menguruskan jemaah, saya

menghubungi hospital Madinah untuk

mengetahui perkembangan wa nita

tersebut.



Bagaimanapun, saya diberitahu dia

masih tidak sedarkan diri. Selepas

dua hari, wa nita itu masih juga

tidak sedarkan diri. Saya makin

cemas, maklumlah, itu adalah

pengalaman pertama saya berhadapan

dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk

memulihkannya semuanya gagal, maka

wa nita itu dihantar ke Hospital

Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan

rawatanlanjut sebab pada masa itu

hospital di Jeddah lebih lengkap

kemudahannya berbanding hospital

madinah. Namun usaha untuk

memulihkannya masih tidak berhasil.



Jadual haji mesti diteruskan. Kami

bertolak pula ke Mekah untuk

mengerjakan ibadat haji. Selesai

haji, sekali lagi saya pergi ke

Jeddah. M alan gnya, bila sampai di

Hospital King Abdul Aziz, saya

diberitahu oleh doktor bahawa wa

nita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata

doktor, keadaannya stabil. Melihat

keadaannya itu, saya ambil

keputusan untuk menunggunya di

hospital.



Selepas dua hari menunggu, akhirnya

wa nita itu membuka matanya. Dari

sudut matanya yang terbuka sedikit

itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah

saya, wa nita tersebut terus

memeluk saya dengan erat sambil

menangis teresak- esak. Sudah tentu

saya terkejut sebab saya ni bukan

muhrimnya. Tambahan pula kenapa

saja dia tiba-tiba menangis??



Saya bertanya kepada wa nita

tersebut, "Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan... kakak taubat dah

Lan. Kakak menyesal, kakak takkan

buat lagi benda-benda yang tak

baik. Kakak bertaubat, betul-betul

taubat."



"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja

nak bertaubat?" tanya saya masih

terpinga-pinga. Wa nita itu terus

menangis teresak-esak tanpa

menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara,

menceritakan kepada saya mengapa

dia berkelakuan demikian, cerita

yang bagi saya perlu diambil

iktibar oleh kita semua. Katanya,

"Mazlan, kakak ni sudah berumah

tangga, kahwin dengan lelaki orang

putih. Tapi kakak silap. Kakak ini

cuma Islam pada nama dan keturunan

saja.. Ibadat satu apa pun kakak

tak buat. Kakak tak sembahyang, tak

puasa, semua am alan ibadat kakak

dan suami kakak tak buat.



Rumah kakak penuh dengan botol

arak. Suami kakak tu kakak sepak

terajang, kakak pukul-pukul saja,"

katanya tersedu-sedan..



"Habis yang kakak pergi haji ini?"



"Yalah...kakak tengok orang lain

pergi haji, kakak pun teringin juga

nak pergi."



"Jadi apa sebab yang kakak menangis

sampai macam ni sekali. Ada sesuatu

ke yang kakak alami semasa sakit?"

tanya saya lagi.



Dengan suara tersekat-sekat, wa

nita itu menceritakan,

"Mazlan...Allah itu Maha Besar,

MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma

tu, kakak telah diazab dengan

seksaan yang benar-benar pedih atas

segala kesilapan yang telah kakak

buat selama ini.



"Betul ke kak?" tanya saya,

terkejut.



"Betul Mazlan. Semasa koma itu

kakak telah ditunjukkan oleh Allah

tentang balasan yang Allah beri

kepada kakak. Balasan azab Lan,

bukan balasan syurga. Kakak rasa

seperti diazab di neraka. Kakak ni

seumur hidup tak pernah pakai

tudung. Sebagai balasan, rambut

kakak ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak kakak

ceritakan macam mana pedihnya.

Menjerit-jerit kakak minta ampun

minta maaf kepada Allah."



"Bukan itu saja, buah dada kakak

pula diikat dan disepit dengan

penyepit yang dibuat daripada bara

api, kemudian ditarik ke

sana-sini... putus, jatuh ke dalam

api neraka. Buah dada kakak rentung

terbakar, panasnya bukan main.

Kakak menjerit, menangis

kesakitan.. Kakak masukkan tangan

ke dalam api itu dan kakak ambil

buah dada tu balik." tanpa

mempedulikan pesakit lain dan

jururawat memerhatikannya wa nita

itu terus bercerita.



Menurutnya lagi, setiap hari dia

diseksa, tanpa henti, 24 jam

sehari. Dia tidak diberi peluang

langsung untuk berehat atau

dilepaskan daripada hukuman

sepanjang masa koma itu dilaluinya

dengan azab yang amat pedih.



Dengan suara tersekat-sekat, dengan

air mata yang makin banyak

bercucuran, wa nita itu meneruskan

ceritanya, "Hari-hari kakak

diseksa. Bila rambut kakak ditarik

dengan bara api, sakitnya terasa

seperti nak tercabut kulit kepala..

Panasnya pula menyebabkan otak

kakak terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang

amat sangat...tak boleh nak

diceritakan. "sambil bercerita, wa

nita itu terus meraung, menangis

teresak-esak. Nyata dia betul-betul

menyesal dengan kesilapannya

dahulu.



Saya pula terpegun, kaget dan

menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada

umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam,

tapi kakak minum arak, kakak main

judidan segala macam dosa besar.



Kerana kakak suka makan dan minum

apa yang diharamkan Allah, semasa

tidak sedarkan diri itu kakak telah

diberi makan buah-buahan yang

berduri tajam. Tak ada isi pada

buah itu melainkan duri-duri saja.

tapi kakak perlu makan buah-buah

itu sebab kakak betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu,

duri-durinya menikam kerongkong

kakak dan bila sampai ke perut, ia

menikam pula perut kakak.



Sedangkan jari yang tercucuk jarum

pun terasa sakitnya, inikan pula

duri-duri besar menyucuk kerongkong

dan perut kita. Habis saja

buah-buah itu kakak makan, kakak

diberi pula makan bara-bara api.

Bila kakak masukkan saja bara api

itu ke dalam mulut, seluruh badan

kakak rasa seperti terbakar hangus.



Panasnya cuma Allah saja yang tahu.

Api yang ada di dunia ini tidak

akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta

minuman, tapi...kakak dihidangkan

puladengan minuman yang dibuat dari

nanah. Baunya cukup busuk. Tapi

kakak terpaksa minum sebab kakak

sangat dahaga.Semua terpaksa kakak

lalui...azabnya tak pernah rasa,

tak pernah kakak alami sepanjang

kakak hidup di dunia ini."



Saya terus mendengar cerita wa nita

itu dengan tekun.. Terasa sungguh

kebesaran Allah. "Masa diazab itu,

kakak merayu mohon kepada Allah

supaya berilah kakak nyawa sekali

lagi, berilah kakak peluang untuk

hidup sekali lagi. Tak

berhenti-henti kakak memohon. Kakak

kata kakakakan buktikan bahawa

kakak tak akan ulangi lagi

kesilapan dahulu. Kakak berjanji

tak akan ingkar perintah allah akan

jadi umat yg soleh. Kakak berjanji

kalau kakak dihidupkan semula,

kakak akan tampung segala

kekurangan dan kesilapan kakak

dahulu, kakak akan mengaji,akan

sembahyang, akan puasa yang selama

ini kakak tinggalkan.."



Saya termenung mendengar cerita wa

nita itu. Benarlah, Allah itu Maha

Agung dan Maha Berkuasa.. Kita

manusia ini tak akan terlepas

daripada balasannya. Kalau baik am

alan kita maka baiklah balasan yang

akan kita terima, kalau buruk am

alan kita, maka azablah kita di

akhiratkelak. Alhamdulillah, wa

nita itu telah menyaksikan sendiri

kebenaran Allah..



"Ini bukan mimpi Mazlan.. Kalau

mimpi azabnya takkan sampai pedih

macam tu sekali. Kakak bertaubat

Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi

kesilapan kakak dahulu. Kakak

bertaubat.... kakak taubat nasuha,"

katanya sambil menangis-nangis.



Sejak itu wa nita berkenaan

benar-benar berubah. Bila saya

membawanya ke Mekah, dia menjadi

jemaah yang paling warak. Amal

ibadahnya tak henti-henti.

Contohnya, kalau wa nita itu pergi

ke masjid pada waktu maghrib, dia

cuma akan balik ke biliknya semula

selepas sembahyang subuh..



"Kakak....yang kakak sembahyang

teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena

jaga juga kesihatan diri kakak.

Lepas sembahyang Isyak tu kakak

baliklah, makan nasi ke, berehat

ke..." tegur saya.



"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa

buah kurma. Bolehlah kakak makan

semasa kakak lapar." menurut wa

nita itu, sepanjang berada di dalam

Masjidil Haram, dia mengqadakan

semulasembahyang yang

ditinggalkannya dahulu.



Selain itu dia berdoa, mohon kepada

Allah supaya mengampunkan dosanya.

Saya kasihan melihatkan keadaan wa

nita itu, takut kerana ibadah dan

tekanan perasaan yang keterlaluan

dia akan jatuh sakit pula. Jadi

saya menasihatkan supaya tidak

beribadat keterlaluan hingga

mengabaikan kesihatannya.



"Tak boleh Mazlan.. Kakak

takut...kakak dah merasai pedihnya

azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan

tak tau. Kalau Mazlan dah merasai

azab itu, Mazlan juga akan jadi

macam kakak.

Kakak betul- betul bertaubat."



Wa nita itu juga berpesan kepada

saya, katanya, "Mazlan, kalau ada

perempuan Islam yang tak pakai

tudung, Mazlan ingatkanlah pada

mereka, pakailah tudung. Cukuplah

kakak seorang saja yang merasai

seksaan itu, kakak tak mau wa nita

lain pula jadi macam kakak. Semasa

diazab, kakak tengok undang-undang

yang Allah beri ialah setiap

sehelai rambut wa nita Islam yang

sengaja diperlihatkan kepada orang

lelaki yang bukan muhrimnya, maka

dia diberikan satu dosa. Kalau 10

orang lelaki bukan muhrim tengok

sehelai rambut kakak ini, bermakna

kakak mendapat 10 dosa."



"Tapi Mazlan, rambut kakak ini

banyak jumlahnya, beribu-ribu.

Kalau seorang tengok rambut kakak,

ini bermakna beribu-ribu dosa yang

kakak dapat. Kalau 10 orang tengok,

macam mana? Kalau 100 orang tengok?

Itu sehari, kalau hari-hari kita

tak pakai tudung macam kakak ni???

Allah..."



"Kakak ber azam , balik saja dari

haji ini, kakak akan minta tolong

dari ustaz supaya ajar suami akak

sembahyang, puasa, mengaji, buat

ibadat.. Kakak nak ajak suami pergi

haji. Seperti mana kakak, suami

kakak tu Islam pada nama saja. Tapi

itu semua kesilapan kakak. Kakak

sudah

bawa dia masuk Islam, tapi kakak

tak bimbing dia. Bukan itu saja,

kakak pula yang jadi seperti orang

bukan Islam."



Sejak balik dari haji itu, saya tak

dengar lagi apa-apa cerita tentang

wa nita tersebut. Bagaimanapun,

saya percaya dia sudah menjadi wa

nita yang benar-benar solehah.

Adakah diaberbohong kepada saya

tentang ceritanya diazab semasa

koma? Tidak. Saya percaya dia

bercakap benar. Jika dia berbohong,

kenapa dia berubah dan bertaubat

nasuha?



Satu lagi, cubalah bandingkan azab

yang diterimanya itu dengan azab

yang digambarkan oleh Allah dan

Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah? Benar, apa

yang berlaku itu memang kita tidak

dapat membuktikannya secara

saintifik, tapi bukankah soal dosa

dan pahala,

syurga dan neraka itu perkara

ghaib? Janganlah bila kita sudah

meninggal dunia, bila kita

sudahdiazab barulah kita mahu

percaya bahawa "Oh... memang betul

apa yang Allah dan Rasul katakan.

Aku menyesal..... " itu dah

terlambat.



REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA

5 RINTANGAN



WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU

SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT

SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM

TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU

AYAT...."

0 comments:

 
Blacy Smiley - What Ever